BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

This world is like a drama it will continue and it will not stop

Friday 8 April 2011

nota untuk yang Maha Pencipta.


susah nya untuk aku lelap kan mata malam ini, macam-macam yang bermain dalam fikiran aku, adakah salah semuanya yang aku lakukan ini? aku ingin mengadu kepadaMu, kerana engkau lah yang Maha Pencipta.

wahai yang Maha Pencipta sekalian alam, Maha Penurah, lagi Maha Penyayang. aku hanya seorang hamba mu yang lemah, sering melupakan mu, melakukan perkara-perkara yang engkau larang, aku tidak sebaik insan lain, aku hanya manusia biasa yang sering melakukan silap dan salah. Yang Maha Pencipta, setiap kali aku sujud kepada mu, aku memohon kepada mu kebaikan dan kebahagiaan hidup aku, dan aku tau, selama ini, engkau tidak pernah tidak mengabulkan permintaan aku, apa sahaja yang aku hajat kan, pasti engkau tunaikan. aku bersyukur kehadrat mu. namun, aku akui, aku manusia yang tidak pernah puas, ada sahaja yang aku inginkan, dan aku ingin kan nya lebih. aku sedar aku tidak sebaik lelaki lain, tapi, aku sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, ada yang mengatakan aku sering melawan takdir mu, ada yang mengatakan aku ini sering menyakitkan hati, ada yang mengatakan aku ini merimaskan, wahai yang Maha Pencipta, tunjuk kan lah aku jalan agar mereka lebih senang dengan ada nya aku, aku tak mahu menjadi seorang insan yang sering melukakan hati insan lain.

Wahai yang Maha Pencipta. aku bersyukur kerana engaku kurniakan pada kehidupan aku seorang insan seperti dia. Seorang insan yang cukup sempurna. Seorang insan yang membuat aku kuat untuk teruskan hidup, dan terus melangkah di muka bumi mu ini, tapi, kenapa hati ini tak pernah tenteram? kenapa ada saja dugaan yang datang menimpa? bukan nya maksud aku untuk menyerah kalah, aku hanya ingin tahu, jika ada cara untuk aku memperbaiki lagi diri ini. aku tidak seperti lelaki-lelaki lain, dan aku bersyukur kerana engkau jadikan aku seperti ini. aku sedar aku tidak sebaik lelaki-lelaki lain, tidak seromantis lelaki-lelaki lain, tidak memahami seperti lelaki-lelaki lain, tidak pandai memujuk seperti lelaki-lelaki lain, dan aku juga tidak pandai berkata-kata seperti lelaki-lelaki lain, aku hanya aku, dan aku sering mencuba untuk menjadi yang terbaik.

Wahai yang Maha Pencipta. aku memohon pertolongan kamu untuk berubah, dari satu peringkat, ke peringkat yang lebih baik, aku hanya ingin dicintai, dan disayangi, aku ingin merasakan diri ini diperlukan, aku buat segala-galanya yang aku terdaya, selagi ada kudrat, aku teruskan. Maha Pencipta, boleh tak jika aku ingin kan satu kehidupan yang aku idamkan? kebahagiaan yang aku impikan? bukan nya aku bermaksud aku tidak bahagia, tetapi, aku sering terasa sunyi. kenapa? untuk apa aku diduga dengan dugaan ini? untuk mentabahkan lagi hati aku ke? atau pun, aku tidak pernah bersyukur, jadi. ini lah balasan bagi insan seperti aku? jujur aku katakan, ini adalah kali pertama aku merasakan seperti ini, dan aku berharap ini yang terakhir, kerana aku tak lagi sanggup untuk lalui semua ini buat kali yang kedua. sejak engkau hadirkan dirinya dalam hidup aku, semuanya berubah. segala keperitan, kesakitan aku yang dulu hilang, seperti aku tidak pernah ada masalah, sehingga aku lupa aku pernah tidak berteman hampir 4 bulan.

mungkin aku terlalu berbeza, sehingga membuat dia berubah, mungkin betul kata-kata dia, aku memang mudah ambil hati, mudah terasa hati, mungkin aku terlalu sensitif dan bersifat seperti perempuan, aku akan katakan aku selesa seperti ini jika ia membuat hati aku tenang, namun tidak seperti itu, aku kurang selesa kerana aku sendiri sering terasa hati. adakah aku yang berubah? terlalu mencari kebahagiaan itu, melihat sesuatu itu lebih jauh sehingga terkeluar dari pagar sendiri? adakah perhatian yang aku pinta itu terlalu melampau dan mustahil untuk dilakukan? kenapa segala-galanya berubah? kenapa semuanya tidak seperti disaat permulaan kami bercinta? dimanakah silap nya? dimakah kekurangan nya? wahai yang Maha Pencipta. aku seorang insan yang mudah berharap. dan teramat lah kecewa jika apa yang aku harapkan itu terjadi sebaliknya. aku memohon agar engkau kurniakan kepada aku ketabahan hati dan kecekalan hati. kerana, cinta dan sayang semakin bertambah, dan tidak berkurang walaupun sekecil-kecil zarah.

yang Maha Pencipta, engkau mengetahui apa yang aku rasakan, jika aku mengatakan yang aku sayang, hanya dia seorang. tiada dua atau tiga. aku hanya ingin jadikan dia segala-galanya dalam hidup aku, sebagai kekasih, sahabat, dan sebagainya. aku ingin dia sentiasa ada bersama, namun dia bukan seperti itu, ubah lah aku jika itu yang terbaik untuk kami. supaya cinta dihati kami akal kekal. aku rela. walaupon aku tahu kemampuan aku, aku tahu aku tak terdaya, dan aku tahu aku lemah bila berjauhan, mungkin, hari demi hari, aku mampu membiasakan diri.aku rasa, cukup setakat ini. aku akan cuba yang terbaik, aku akan telan semua ini, kerana, aku tahu, aku bahagia jika bersama dengan dia.

0 comments: